Nurul Hanani
My Hero !
Monday, November 4, 2013 • 8:18 AM • 0 comments





Assalamualaikum,pembaca sekalian.


Bersyukur saya kepada sang Pencipta yang telah menghadiahkan seorang lelaki yang paling bermakna dalam hidup saya.Tanpa dia,siapalah saya.Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan seorang insan yang bergelar abah kepada hambaMu yang kerdil dan lemah ini.Engkau Maha Hebat Ya Allah.


Wahai abah, sungguh abahlah sebenarnya idola dalam hidup adik. Dari kecil sampai besar, adik sentiasa bercita-cita nak jadi macam abah. Abah, adik mohon abah halalkanlah setiap keringat yang telah abah titiskan hanya semata-mata untuk memberi makan kepada anak abah yang langsung tak mengenang budi ni. Abah, adik mohon abah halalkan setiap sen yang abah dah bagi dan yang abah dah keluarkan untuk adik. Abah, adik minta abah ampunkan adik dari hari pertama adik turun ke dunia ini sehinggalah ke akhir hayat  adik.


Abah,andai adik ada terkasar bahasa walaupun sepatah kata "ah" yang telah terkeluar daripada mulut adik yang telah membuatkan abah marah atau terasa hati. Adik pasti adik dah buat abah marah banyak kali kan?Abah, adik  tahu abah tak pernah zahirkan rasa hati abah apabila abah terasa hati kat adik. Abah, adik minta halal jika ada setitis air mata abah yang tumpah ke bumi oleh kerana sikap adik yang kurang ajar dan yang tak mengenang budi ni yang telah mengguris hati ayah. Abah, adik mohon abah maafkan setiap perbuatan adik yang terzahir atau yang tak, setiap perkataan adik atau setiap perkara yang terlintas di hati adik yang boleh membuatkan abah terasa hati kepada adik. Abah kalau abah tak redha kat adik, macam mana adik nak dapat redha Allah abah. Jadi adik mohon abah redha setiap perbuatan anak abah ini yang sering kali membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan abah terlebih dulu.

Abah,adik  betul-betul minta maaf. Adik sedar adik tak dapat membalas segala jasa abah dan adik juga tak dapat nak buat abah berasa bangga kepada aaik. Adik minta maaf banyak-banyak. Adik minta maaf banyak-banyak. Adik minta maaf banyak-banyak sebab adik dah banyak menyusahkan  abah tapi sedikitpun adik  tak mampu nak balas pengorbanan abah. Abah, adik minta maaf ya abah. Andai ditakdirkan adik pergi dulu sebelum abah, adik mohon abah halalkan setiap apa yang telah abah berikan dan maafkanlah kesalahan adik sejak dari dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat adik. Sungguh, abah adalah yang terbaik yang adik pernah jumpa dan tak akan bisa ditukar ganti.


Janji Untuk Abah

Abah…Terima kasih abah…
Terima kasih kerana sayang pada anak mu ini,
Terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,
Terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini,
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaan 
anak mu ini,Walaupun di saat itu,Abah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini…
Abah………….
Saat anak mu menangis,
Abah datang memujuk diri ini..
Saat anak mu keseorangan,
Abah datang menemani diri ini…
Saat anak mu kesepian,
Abah datang memberi keceriaan ,
Saat anak mu kelaparan,
Abah datang membawa makanan….
Abah…Kasih sayang mu tidak terkira,
Terlalu banyak pengorbanan untuk diri ini,
Terlalu banyak masa telah abah beri untuk diri ini,
Terlalu banyak perhatian telah abah beri,
Terlalu banyak ilmu dan pengajaran abah beri…
Terima kasih abah,
Terima kasih untuk semua tu…
Anak mu ini berjanji..
Suatu hari nanti…Anak mu ini akan membalas balik jasa dan pengorbanan abah..
Anak mu ini akan membawa  kejayaan untuk mu abah,
Anak mu ini akan memberi kebanggaan untuk mu abah…
Anak mu ini akan sentiasa ingat nama mu abah..
Anak mu ini akan sentiasa ingat wajah mu abah…
Terima kasih lagi sekali abah…
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anak mu ini mampu beri……….
Terima kasih abah…

ADIK SAYANG ABAH BUAT SELAMA-LAMANYA.




Exam !
Saturday, September 21, 2013 • 3:45 AM • 0 comments
I'm not ready ! I'm not ready ! I'm not ready . Ya Allah :'( . Exam ? Oh nooooooo ! 

Help me ! Help me ! Help me ! Tinggal berape hari je lagi , nani kena exam for final year . Ouchhhh . Mase ni lah kena rajinkan diri . Kene ulang kaji . Adushhhh . Dah la serabut dengan PBS sekarang ni . Projek tu , projek ni . Tambah lagi , ada exam pulak .

Hurm , dah dah . Malas nak bercerita panjang . Nani stop sampai sini dulu lah . Doakan nani dapat keputusan yang cemerlang okay :) . Sayang korang semua . Jaga diri ekk ! Assalamualaikum .

Jap jap ! Tengok dekat bawah nih dulu tau  . Hhehehe . 




Rindu
Wednesday, September 11, 2013 • 6:58 AM • 0 comments
Rindu ? Kenapa rindu ? Siapa yang nani rindu ? . Haaaaaa . Semua tu menjadi persoalan . Okay , nani rindu seseorang sebenarnya . Siapa ? Yeppppp ! Air mata ni dah tak boleh nak tahan . Sebak sangat .  Nani dah cuba untuk berhenti menangis . Tapi , nani tak kuat . Hanya air mata nil la yang boleh kuatkan nani .

Setiap hari nani rindu dia . Nani rindu nak jumpa dia . Nak peluk dia . Tapi , dah tak boleh dah . Nak tahu kenapa ?

Ya Allah , kenapa air mata tak berhenti mengalir ni ? Kuatkan hambaMu ini , Ya Allah :’(

 Ya , mesti semua tertanya – tanya kan ? Kenapa nani dah tak boleh peluk orang yang nani rindu ? Okay , nani kena kuatkan semangat . Ya , nani harus kuatkan semangat  .

Sebenarnya . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Nani rindukan tok ayah nani . Arwah tok ayah dah lama pergi . Pergi ke mana ? Ya , pergi menemui Sang Pencipta . Nani sebak sangat . 

Nak buat macam mana ? Hari – hari terakhir arwah di dunia , nani selalu bercakap dengan arwah . Bergurau dengan arwah . Nani masih ingat saat itu ? Yessss ! Nani tak mampu nak lupakan semua itu . Nani tak boleh . Walaupun arwah pergi dah lama . Tapi , kenangan yang terindah bersama arwah tak mungkin nani lupakan .

Ada masa , nani pergi jenguk kubur arwah . Tapi , bukan selalu . Rumah nani jauh dengan tempat arwah dikebumikan . Nani baca Yaasin untuk arwah sehinggakan hati ini sebak . Nani nak menangis sebenarnya , tapi nani cuba untuk tersenyum . Itu je yang nani mampu buat .

Kadang – kadang nani fikir , kenapa begitu cepat arwah pergi tinggalkan nani ?

Sabar nani sabar . Allah dah tetapkan semuanya . Kita hidup atas dunia ni tak lama kan ? Bila – bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita kan ?

‘Ya Allah , sakitnya sakaratul maut’.

Soal mati ? Allah dah tetapkan , nani . Yang dah pergi , biarlah dia tenang di alam sana . Kita yang hidup ni , teruskanlah hidup . Berjuanglah ! Berjuanglah ! Berjuanglah selagi Allah masih beri peluang .

Okay , nani kena cuba terima dengan redha . Nani kena kuat . Kalau nani tak kuat , macam mana nani nak teruskan hidup kan ? Nani kena kuatkan semangat kan ? Ya , betul ! Nani kena kuat . 

'Tok ayah , semoga tok ayah aman dan tenang di sana ye ! Hanya doa yang dapat dikirimkan oleh cucumuu ini ! Walaupun tok ayah dah lama pergi , kenangan bersama tok ayah tak akan mungkin pergi kerana kenangan bersama tok ayah adalah yang paling  indah .

 Note : Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik .







Akhirnya :*
Saturday, September 7, 2013 • 3:26 AM • 0 comments
Haiiiiiiiiiii !!! Knal saya lagi tak ? Fuhhhhhh , dah lama tak update blog . Ermmmmmmmmmm . Sekarang ni nani sibuk dengan PBS . Almaklumlah , nak jadi pelajar cemerlang . Kuakuakua *perasanjelebih :) . Okay , nani tak mau bercerita panjang . Seriously nani rindu nak berblogging . Tapi , masa tidak mengizinkan ;'(

Okay , nani takdelah minat sangat dengan subjek Seni nih . Maklumlah , nani manelah pndai sangat melukis nih . Kihkihkih . Tu dulu la . Tapi sekarang , minat dah kot sikit - sikit . Hehehe .

Yeahhh , nama cikgu seni nani , Puan Salina . Dia garang tapi selalu buat lawak . Kami ni ape tunggu lagi , gelak sakan laaaaa . Riuh satu sekolah . Hikhik >_< .

Bila kitaorang tak siap kerja sekolah , haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa , Puan Salina ape lagi , mengamuk la . Eh2 , dah2 .

Sebenarnya nani nak cerita pasal kerja seni yang sudah lama tertangguh . Nani kene buat .\!!!!!! . Aduiyyaaaaa ! Tak ingat dah nak panggil ape . *fikirnanifikir . Haaaaaaaaaa , 'Cetakan' . Malas jugak rasa nak buat benda nih . Tapi , sebenarnya senang je . Huhu . Bila difikir balik , lebih baik nani buat . Ye lahhh , kerja nih PBS sebenarnya . Tak nak lah nanti cikgu marah pulak ;)

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa . Ini hasilnya . Takdelah cantik sangat . Biasa2 je .

Okaylah , nani kena undur diri dulu . Nak sambung buat homework . Okay , jaga diri , jaga ikhtilat . Assalamualaikum .

Selamat Hari Raya :)
Tuesday, August 6, 2013 • 9:08 PM • 0 comments
Assalamualaikum all :) Macam mane persiapan raya ? Dah siap ? Okay , sayu hati ini . Bulan yang mulia bakal meninggalkan kita . Setelah sebulan berpuasa , semua umat Islam bakal menyambut Hari Kemenangan esok . Hurmmm . Malasnya nak gosok baju raya . Malasssssssssss!!!!! *hehe .

Okay , cukup !

Saya , Wan Nurul Hanani Binti Wan Omar ingin mengucapkan selamat hari raya kepada mama , abah , kakak , abang , kawan2 , pengetua sekolah , pk hem , pk pentadbiran , pk kokurikulum dan semua cikgu yang mengenali saya . Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai terkasar bahasa , tersilap bicara dan sebagainya terrrrrrrr ! *lalalalala . Kalau ada masa jemputlah datang rumah saya . First raya tau :)

Okay , nak undur diri dulu . Nak pergi buat biskut raya . Kihkihkih.

"Bila langkahku membekas lara , kataku merangkai dusta ,  lakuku menoreh luka ,  dari jeritan lubuk batinku dengan ketulusan hatiku , ku mohonkan maaf dari  zahir dan batinku ".
-Taqobalallahu minna wa minkum minal aidin wal faizin mohon maaf zahir serta batin-


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H :)


Jaga diri baik2 tau . Selamat pulang ke kampung halaman . Pandu dengan cermat . Ingatlah orang tersayang .
Assalamualaikum .



NOTE:JANGAN MAIN MERCUN TAKUT MERANA DIRI NANTI





Kisah Seorang Anak Dalam Rahim Yang Di Gugurkan !
Friday, August 2, 2013 • 3:37 AM • 0 comments
Assalamualaikum . Apa khabar semua ? *harap sihat . Hurmm , 5 hari je lagi kita nak raya kan ? Ohhh ! Tak sabarnya . Semua dah ready ke ?  Okay2 . Dah2 .

Berbalik kepada tajuk utama okay . Kes menggugurkan anak ini semakin berleluasa kan ? Kesian bayi yang tak berdosa menjadi mangsa . Manusia zaman sekarang dah tak fikir dah mana buruk , mana baik *hentam saja . Mereka dah tak fikir dah mana dosa , mana pahala . Tapi , sampai bila mereka nak berada dalam keadaan seperti itu ?  Harap sangat2 mereka berubah . Tak kan nak tunggu malaikat ambil nyawa dulu kot baru nak bertaubat *dah terlambat . Okaylah2 sebenarnya saya tak tahu jugak nak cakap ape . Baca dekat bawah nih okay *hehe .

*Sebelum tu sediakan tisu dulu tau . Hikhik :)




Bulan 1: Ibu , panjang adik cuma 2cm , tp adik sudah ada dalam

badan ibu . Adik syg ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang menemani adik di sini .

Bulan 2: Ibu , adik dah boleh merasa jari jemari , disini terasa hangat ibu , nanti kalau adik dah keluar , ibu janji nanti kita main sama2 ye . Bawa adik jalan2 .

Bulan 3: Ibu , biar pun adik blum tahu jenis jantina adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan . Jgn menangis ya ibu , kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis .

Bulan 4: Ibu , rambut adik dah mula tumbuh , adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan kanan .

Bulan 5: Ibu . tadi pergi jumpa doktor ya , doktor cakap apa ? Αpa benda D&E tu ibu ? Αdik tak kan di apa-apa kan ibu ?

Bulan 6: Ibu jumpa doktor itu lagi ya ? Ibu ,tolong bagitahu doktor tu , adik di sini sihat-sihat je ! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam ? Benda tajam tu mula memotong rambut adik , ibu tlong adik , adik takutt !!!!! Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt ibu , SAKITTTTTT!  Walaupun adik dah tiada kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk ibu . Ibu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik ? Ibu tolong adik . Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu . Tapi , biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman ibu , mendengar suara ibu . Tapi , Benda itu skrg sudah mula memotong dan memutuskan leher adik , ibuuuuuu . Maaf ibu . Beri lah adik kesempatan hidup . Adik syg ibu , adik  nak peluk ibu !!!!

Ibu , adik di sini sihat-sihat je(Syurga) . Kenapa ibu tetap melakukannya ? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik  ? Αpa salah adik ibu ? Ibu bertaubat ya ! semoga Tuhan menempatkan ibu di sini . nanti kita main-main disini .  Jangan lupa , ajak ayah juga ya ibu !

ADIK SAYANG IBU . TAPI , KENAPA IBU TAK BAGI ADIK PELUANG NAK LIHAT DUNIA IBU ? KENAPA IBU ? KENAPA?

NOTE : SESUNGGUHNYA ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG PALING INDAH .  HARGAILAH DIA .






Budak Baru Belajar
Tuesday, July 30, 2013 • 8:48 AM • 0 comments
Assalamualaikum . 7 hari lagi nak raya kan ? *excited . Hikhik . Apa khabar semua ? Harap sihat semua okay . Malam ni agak kesejukan *fuhhhh . Maklumlah petang tadi hujan lebat membasahi bumi Kelantan . Haaaaaaaaaa ! Ado ore kelate dok sini eh ? . Kihkihkih . Dah2 .

Hari ini sebenarnya baru lepas exam . Soalan dia , fuhhhhhhhhhh payah oiiii . Form5 pun takleh jawab apalagi saya Form2 ni . Saya hentam sajelah . Ehhhhhhhhhh ! Tak nak fikir dah pasal exam . Benda dah lepas . Kata orang 'usah diingat benda yang lepas' . Betul kan kan kan kan kan ? Aduiyyya pelik betul perangai saya nih . Hehehe .

Setelah 2 bulan edit blog , alhamdulillah sudah selesai . Mula2 fikir nak guna blogskin tapi bila difikir balik guna simple jelah . Best pun best . Siapa guna simpe template dekat sini ? *angkat tangan tinggi-tinggi . Nak edit blog pun susah sebenarnya . Saya bukan pandai sangat pun pasal blog2 ni . Maklumlah 'saya budak baru belajar' . So , perlukan tunjuk ajar .

Saya nak ucapkan bebanyak2 trima kasih kepada kawan saya yang juga seorang blogger yang sudah membantu saya untuk menghasilkan  blog ini . Thank you so much my friend , (Mierazman) . Hehe .

Kalau korang sudi , jomlah lawat blog Mieraazman di sini : http://iamkpopperss.blogspot.com/ . Follow dia jugak okay . Thanks tau :)


Okaylah , mata dah mengantuk nih . Saya undur diri dululah . Ada masa saya update entry lain pulak okay . Good Night . Assalamualaikum .





Owner
Assalamualaikum ! I'm Nani . 14 years old . Sayo ore Kelate . Hihi . Thanks for visiting my blog . Feel free visit and follow here . Be nice okay . Leave your comment too . No hash word here . Okay , goodbye!

Shout Here ;


History ;

  • My Hero !
  • Exam !
  • Rindu
  • Akhirnya :*
  • Selamat Hari Raya :)
  • Kisah Seorang Anak Dalam Rahim Yang Di Gugurkan !
  • Budak Baru Belajar

  • A Big Clap To ;
    Basecode : Afiqah
    Template : NS
    Edited : Nanieyy

    My Music ;