Nurul Hanani
My Hero !
Monday, November 4, 2013 • 8:18 AM • 0 comments





Assalamualaikum,pembaca sekalian.


Bersyukur saya kepada sang Pencipta yang telah menghadiahkan seorang lelaki yang paling bermakna dalam hidup saya.Tanpa dia,siapalah saya.Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan seorang insan yang bergelar abah kepada hambaMu yang kerdil dan lemah ini.Engkau Maha Hebat Ya Allah.


Wahai abah, sungguh abahlah sebenarnya idola dalam hidup adik. Dari kecil sampai besar, adik sentiasa bercita-cita nak jadi macam abah. Abah, adik mohon abah halalkanlah setiap keringat yang telah abah titiskan hanya semata-mata untuk memberi makan kepada anak abah yang langsung tak mengenang budi ni. Abah, adik mohon abah halalkan setiap sen yang abah dah bagi dan yang abah dah keluarkan untuk adik. Abah, adik minta abah ampunkan adik dari hari pertama adik turun ke dunia ini sehinggalah ke akhir hayat  adik.


Abah,andai adik ada terkasar bahasa walaupun sepatah kata "ah" yang telah terkeluar daripada mulut adik yang telah membuatkan abah marah atau terasa hati. Adik pasti adik dah buat abah marah banyak kali kan?Abah, adik  tahu abah tak pernah zahirkan rasa hati abah apabila abah terasa hati kat adik. Abah, adik minta halal jika ada setitis air mata abah yang tumpah ke bumi oleh kerana sikap adik yang kurang ajar dan yang tak mengenang budi ni yang telah mengguris hati ayah. Abah, adik mohon abah maafkan setiap perbuatan adik yang terzahir atau yang tak, setiap perkataan adik atau setiap perkara yang terlintas di hati adik yang boleh membuatkan abah terasa hati kepada adik. Abah kalau abah tak redha kat adik, macam mana adik nak dapat redha Allah abah. Jadi adik mohon abah redha setiap perbuatan anak abah ini yang sering kali membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan abah terlebih dulu.

Abah,adik  betul-betul minta maaf. Adik sedar adik tak dapat membalas segala jasa abah dan adik juga tak dapat nak buat abah berasa bangga kepada aaik. Adik minta maaf banyak-banyak. Adik minta maaf banyak-banyak. Adik minta maaf banyak-banyak sebab adik dah banyak menyusahkan  abah tapi sedikitpun adik  tak mampu nak balas pengorbanan abah. Abah, adik minta maaf ya abah. Andai ditakdirkan adik pergi dulu sebelum abah, adik mohon abah halalkan setiap apa yang telah abah berikan dan maafkanlah kesalahan adik sejak dari dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat adik. Sungguh, abah adalah yang terbaik yang adik pernah jumpa dan tak akan bisa ditukar ganti.


Janji Untuk Abah

Abah…Terima kasih abah…
Terima kasih kerana sayang pada anak mu ini,
Terima kasih kerana telah menjaga anak mu ini,
Terima kasih kerana tabah menahan karenah anak mu ini,
Terima kasih kerana memenuhi segala permintaan 
anak mu ini,Walaupun di saat itu,Abah terpaksa mencari duit untuk memenuhi permintaan anak mu ini…
Abah………….
Saat anak mu menangis,
Abah datang memujuk diri ini..
Saat anak mu keseorangan,
Abah datang menemani diri ini…
Saat anak mu kesepian,
Abah datang memberi keceriaan ,
Saat anak mu kelaparan,
Abah datang membawa makanan….
Abah…Kasih sayang mu tidak terkira,
Terlalu banyak pengorbanan untuk diri ini,
Terlalu banyak masa telah abah beri untuk diri ini,
Terlalu banyak perhatian telah abah beri,
Terlalu banyak ilmu dan pengajaran abah beri…
Terima kasih abah,
Terima kasih untuk semua tu…
Anak mu ini berjanji..
Suatu hari nanti…Anak mu ini akan membalas balik jasa dan pengorbanan abah..
Anak mu ini akan membawa  kejayaan untuk mu abah,
Anak mu ini akan memberi kebanggaan untuk mu abah…
Anak mu ini akan sentiasa ingat nama mu abah..
Anak mu ini akan sentiasa ingat wajah mu abah…
Terima kasih lagi sekali abah…
Hanya terima kasih dan kejayaan saja yang anak mu ini mampu beri……….
Terima kasih abah…

ADIK SAYANG ABAH BUAT SELAMA-LAMANYA.





PAST
Owner
Assalamualaikum ! I'm Nani . 14 years old . Sayo ore Kelate . Hihi . Thanks for visiting my blog . Feel free visit and follow here . Be nice okay . Leave your comment too . No hash word here . Okay , goodbye!

Shout Here ;


History ;

  • Exam !
  • Rindu
  • Akhirnya :*
  • Selamat Hari Raya :)
  • Kisah Seorang Anak Dalam Rahim Yang Di Gugurkan !
  • Budak Baru Belajar

  • A Big Clap To ;
    Basecode : Afiqah
    Template : NS
    Edited : Nanieyy

    My Music ;